course meal

Friday, December 09, 2011

page65:si kecil biru

indahnya ciptaan tuhan

pagi yang indah itu
di sulami pancaran sinaran mentari
malam yang indah , penat ditinggalkan berlalu ..

pagi tu
gadis merapikan diri 
demi mendamba ilmu
berbaju putih.. 
bertudung biru..
ditemani secawan campuran kopi dan madu pelengkap harinya
tatkala melangkah
gadis menyedari si kecil biru tiada disampingnya

iya,,,
si kecil biru penyimpan rahsia besar gadis itu
semuanya tersimpan di dalamnya
gila barangkali jika ia melarikan diri..
memori bersama tetap ada pabila terpandang si kecil biru itu
berdua bersama
mencari si kecil biru itu
tatkala itu, si kecil biru belom dimiliki

oh...
pagi itu mula dicemari cemas
perasaan yang sukar diungkap
hanya Tuhan sahaja yang tahu
bertapa risau perasaan itu
di atas dibawah didalam, diluar semuanya diselongkar
Alhamdulillah.. 
bantuan sahabat amat membantu
si kecil biru akhirnya ditemui

Ya Tuhanku,.. jika Engkau ingin menguji ketabahanku, ujilah aku mengikut kemampuanku.,..




love 
L

Sunday, December 04, 2011

page64:Jagung bakar :)

jagung bakar santan terbaik


ahhh,,.. begitu indah malam itu
sinaran kota raya tidak pernah tidur
iringan muzik kuat menghidupkan kota rayaku
kelihatan di suatu sudut
oh,..
masih setia menanti
jauh perjalannya
demi sigadis


seiring sejalan meredah kota raya itu
setongkol jagung bakar menjadi bekalan
keenakkan kemanisan jagung itu
diserikan keikhlasan kuntuman senyuman yang berpanjangan
adekah ini mimpi?
adekah hari ini akan terus dan terus berterusan...


kau datang tanpaku duga
terima kasih..
aku sangat hargai 
terima kasih
aku sangat merindui
terima kasih
aku sangat menyintai
:)





love
L

Saturday, December 03, 2011

page63:aku percaya ada cinta

dikala hati terdetik menyanyikan lagu ini.. pantas tanganku menulis liriknya.. 

"Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala


Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti "

iya

aku pasti ada hikmah yang menanti





love
L





page 62:sekadar ini

lindungi daku

cukup sekadar itu
gadis mempunyai dua belah kaki
gadis mampu berlari
gadis mampu berjalan
usah digusar
usah disuruh
gadis mengerti

cukup sekadar itu
tiada pahlawan muncul
demi mempertahankan ketuanan
seorang tidak akan menjadi
pergilah....
lenyaplah....

cukup sekadar itu
perkongsian ini
suka duka kau buang
yang pasti kau buang sebutir permata 
BUKAN picisan kaca

lindungilah daku
belailah daku
dampingi daku

iya.... mimpi hanya mimpi
kelu lidah
apekah beku lidahmu untuk berkata
untuk sekian kalinya

gadis faham
bukan seabad dua
gadis kenal caramu
untuk sekian kalinya kau ulangi
penakutkah?

terkapai kapai gadis disini

iya atau tidak
oh...

mimpi ngeri kembali menghantui
gadis dilanggar dan terus dilanggar
gadis itu 
masih ampuh



love
L

page 61:sang hati ini

sang hati ini


picisan gambar itu
kejenihan air mata mula tumpah
hati ini tidak mengerti
adekah ini ujian, permulaan atau pengakhiran


Jauh di sudut hati
hati ini ingin selalu dekat
tapi hati ini gagal...
menjauhi adelah terbaik
hati ini tidak mampu menipu diri ini
jasad itu ditipu hidup hidup dek hati kecil


tidakkah kau mengerti
dalamnya cinta hati ini 
sayangnya seorang hawa kepada seorang adam


bagi hati ini
kau bukanlah sempurna
kerana itu kau telah mencuri hati ini
sakit, rindu, sayang...


tatapan ini hanya membuka jarak yang jauh
hati ini tidak mampu untuk berhadapan
hati ini itu tidak mampu bersebelahan
menahan diri itu perit
tahukah
hati ini itu perlukan kau
tapi kau bertindak kejam


setiap gambarmu ini hanya mampu ku belek
tidak tertahan hati ini untuk menipu lagi
"im okay.... no need to worry...."


oh banyak dosanya
hati ini penipu.....penipu ... penipu
iya,,
penipu besar yang sanggup menipu dirinya sendiri


sayu hati ini 
kerana tidak sanggup untuk terus menipu
mengatakan baik baik sahaja
menyimpul senyuman
tertawa girang...


aku penat
aku lesu
jerit si empunya badan 


namun hati ini terus tegar
situlus cinta hati ini








love 
L

page60:wanita itu

jangan dibiarkan seorang ibu mengalirkan air matanya


adakalanya hati ini begitu sayu
mengenangkan wanita itu
tabah
tenang
sabar


kesakitan, kepahitan tidak pernah ditunjuk
aku risau
aku khuatir
jika aku tidak mampu menerima
di saat malaikat izrail datang menjelma
tidak tercapai akalku


ya Tuhanku
kau permudahkanlah segala urusan wanita itu
kau gembira kanlah hati wanita itu
kau tenangkanlah hati wanita itu
kau hadiahkanlah ruang masa untuk dia ke rumah mu


wanita itu tegar
disisiku.. membelaiku
di kala 21 tahun ini
tidak malumengakui
tido malamku bersama mu
ketenangan
keselesaan


titisan sang si jernih 
tidak jemu jemu meluruh
tatkala dalam doaku terbayang wajahmu
wanita,
di suatu saat menanti
kau pasti meninggalkanku
namun aku masih belom bersedia


21 tahun ini
Alhamdulillah
Tuhan memberi satu nikmat perasaan
sukar di ucap
syukur
syukur
syukur











love 
L