course meal

Saturday, February 08, 2014

Page 92: Padan Muka

Kadang kita kena akui
Mulut kata tidak 
Hati kencang mengatakah iya
Kan sekarang dah sengsara
Serba tak kena
Jiwa lara
Tido tak lena
Nahhh.. Padan muka  







love,
L

Page 91: Salju Halus

 Salju halus

Dia datang dekat
Menghembus sepoi kesejukn
Menusuk dalam Kedinginan
Aku suka
Tapi
Aku keliru
Persinggahan empat musim
Atau
Asal Kutub utara?

Mohon Penjelasan.





love,
L

Friday, February 07, 2014

Page 90: DekatDekat


DekatDekat


Kenapa mahu dekat dekat
Walau tahu siapa dia

Kenapa mahu dekat dekat 
Kalau diri itu sudah berpunya

Kenapa mahu dekat dekat 
Kalau tahu hatinya berpagar

Aisyh manusia emangnye gini
Realiti hidup
Payung jubli emas konon dikejari
Gila.. Scary meri 

Oh belom lagi kasanova berkayu tiga
Manis sana sini
Jaja gula gula
Sehingga bunuh diri sendiri?
Atau 
Si biatch pacar orang laki orang semuanya kaut

Peringatan untuk diri yang seharusnya saling mengingati
Dunia ini penuh dugaan
Dari Dia yang Maha Esa
Hati hati
Berpijak di buki yang nyata
Usah dibiar diri terhanyut dalam ombak
Moga dijauhi

Untuk kamu kamu
Mohon jangan dekat dekat ya
Ingat pesan aku. 
Jangan dekat!




Love,
L

Wednesday, February 05, 2014

Page 89: Rindu, Fullstop.

hi Rindu.
 
hari hari kita jumpa,
 
bila nak hilang dari hati ni??
 
 
 
 
 
love.
L

Tuesday, February 04, 2014

Page 88: Bangun!

Aku harap aku bangun
Aku bangun dengan harapan yang baru
Aku bangun dengan fikiran yang kosong
Aku bangun dengan perasaan yang normal
Aku bangun dengan jiwa yang kental
Aku bangun dengan hati yang utuh
Aku bangun dengan awan yang putih
Aku bangun dengan langit yang cerah. 

Tiada lagi harapan palsu
Tiada lagi fikiran kosong
Tiada lagi perasaan diluar normaliti
Tiada lagi jiwa kacau
Tiada lagi hati remuk
Tiada lagi awan pilu
Tiada lagi langit mendung.

Bangun gadis bangun. Pelangi menantimu.



Love,
L

Nota kaki: ni percubaan pertama beta tulis tru ipong beta
Yes! Berjaya!!

Page 87: Muka Surat Hati

Muka surat hati
tertutup rapi
dikabur habuk debu
 
Mereka itu bisa berkata
1001 makna kata tersimpan terkacip rapi
diam membuahkan kata
pantas menyatakan tersirat
abjadnya hilang
gerakan yang timbul
masihkah belum mengerti?
 
Sampai kapan
kau mampu mengerti?
 
Antalogi muka surat hati
 
 
 
love,
L

page 86: Aku Silap

 

aku silap

 
tafsiran yang salah
atau
taktikal yang salah
 
persoalan?








love
L