course meal

Tuesday, February 11, 2014

Page 96: Dia

Dia


Dia tercipta dari rusuk sang lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk dijunjungi
Tapi
Dekat di bahu untuk dilindungi
Dekat di hati untuk dikasihi
Dia hiasan duniawi


Istimewa bukan dia
Harus diingat
Kelembutan bukan kelemahan 
Sebaik baik ciptaan Tuhan
Dia hiasan kebaikan



love,
L

Saturday, February 08, 2014

Page 95: Pesan Penaja

Setelah bertahun ber hibernasi
Tetiba rancak pulak
Jangan terkejut
Ianya normal

Jika anda baca
Mohon jangan di judge ya
Kerna ianya hasil tulisan dalam buku kecil yang bertahun di jerukkan
Dan ade juga hasil spontan aku di masa lapang

Tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada
Atau
Yang masih berpunya atau belum berpunya
Atau
Yang sedang baca ataupun belum pernah membaca

Ianya sekadar tulis tulisan
Hasil cakap cakap jiwa

Jika tidak gemar
Dipersilakan keluar dari laman ini

Jika ade tersalah kata
Terlancang kata
Terkecik hati
Mohon maaf dipinta

Aku hanya insan yang bernama manusia
Manusia tidak terlepas dari sebarang kesilapan bukan
Mari kita belaja sama sama
Usah biarkan kesilapan yang sama berulang



love,
L



Page 94: Rancang Di Luar Kertas

Rancang diluar kertas
Teruja
Takut
Risau
Mahu tapi malu
Masa hampir sampai
Selamat datang masa

Matahari yang terik
Saat yang tangkas minit yang berlari jam yang laju
Masa terus pecut 
Aku jejak 
Terpancar sinar merah
Tanda amarah
Canggung
Dorsalateral profental mohon pantas bergerak
Secubit usikan
Segenggam jenaka
Tersimpul satu kuntum senyuman

Lega.



love,
L

Page 93: Mimpi

Jika satu hari aku bangun aku lihat aku pelik
Hari itu jadi realiti
Mimpi manis atau  ngeri
Hilang gambaran 
Lupa kenangan
Lesap ingatan
Siapa si A?
Dan B ni pula?
Asing dimata
 sesuatu terasa
Mungkin ἀμνησία merampas kapasiti cerebellum
Tapi mana mungkin dia merampas infinity kilo-megabyte hati
Nyawa mohon pulang lekas
Tamparan jasad kaku
Ini hanya mimpi.
Taman mainan sang tido
Bangun gadis bangun
Usah dibiari.




love,
L
  

Page 92: Padan Muka

Kadang kita kena akui
Mulut kata tidak 
Hati kencang mengatakah iya
Kan sekarang dah sengsara
Serba tak kena
Jiwa lara
Tido tak lena
Nahhh.. Padan muka  







love,
L

Page 91: Salju Halus

 Salju halus

Dia datang dekat
Menghembus sepoi kesejukn
Menusuk dalam Kedinginan
Aku suka
Tapi
Aku keliru
Persinggahan empat musim
Atau
Asal Kutub utara?

Mohon Penjelasan.





love,
L

Friday, February 07, 2014

Page 90: DekatDekat


DekatDekat


Kenapa mahu dekat dekat
Walau tahu siapa dia

Kenapa mahu dekat dekat 
Kalau diri itu sudah berpunya

Kenapa mahu dekat dekat 
Kalau tahu hatinya berpagar

Aisyh manusia emangnye gini
Realiti hidup
Payung jubli emas konon dikejari
Gila.. Scary meri 

Oh belom lagi kasanova berkayu tiga
Manis sana sini
Jaja gula gula
Sehingga bunuh diri sendiri?
Atau 
Si biatch pacar orang laki orang semuanya kaut

Peringatan untuk diri yang seharusnya saling mengingati
Dunia ini penuh dugaan
Dari Dia yang Maha Esa
Hati hati
Berpijak di buki yang nyata
Usah dibiar diri terhanyut dalam ombak
Moga dijauhi

Untuk kamu kamu
Mohon jangan dekat dekat ya
Ingat pesan aku. 
Jangan dekat!




Love,
L