course meal

Wednesday, February 19, 2014

Page 99: Kejam

Kejam


Aku ade kawan
Kawan aku suka main
Aku pun suka main
Tapi
Permainan dia pelik
Oh bukan pelik
Seriau kau tahu

Caranya berbeza
Tak main la depan orang
Corak nye haruslah dibelakang lawan
Dan kawan juga
Taktikal
Strategi tu penting
Diam diam ubi berisi selalunya
Musuh dalam selimut pun boleh jadi

Dengan syarat
Kau kena ade peralatan
Iya
Permainan ni pakai alatan
Bukan size jd ukuran
Ketajaman jd sandaran

Dah tajam
Dah ade jiwa jitu
Sekarang
Kau boleh main tikam tikam
Tikam belakang kawan lagi puas katanye

Aku tengok
Aku yang rasa ngilu sakit pedih
Keluhan
Rengekan
Tangisan
Kau ngilaikan
Kejam
Kau tak rasa bersalah?
Sekumit dosa pun tidak?

Sampai hati
Tegamak kau

Sampai hati kau tikam belakang aku.
Kau kawan kejam.
Titik.




love,
L

Page 98: Mr Coffee

Mr. Coffee

I’d rather stay inside than being out tonight
Just sipping coffee and nothing to look forward to
Savoring my solitude
And no one will ever know you the way I do

In high definition I’m dreaming of you
With my disposition I’m losing my cool
With my everything I’d give anything to be with you

And I will try my best to let it subside
I’m letting go without taking any part of
Something what my heart truly wants
And no one will ever see you the way my eyes do



Special dedicate to you, my MrCoffee

Hi mr coffee, 
Hoping you was here
Sipping with me
Laughing with me
Cuddling
Hugging

Hi mr coffee,
How do i wish to control the time
Having that remote 
Pause and play
Pause the tick tock
On my favourite frame

Hi mr coffee,
How i want you to know
How much i like you
How much i heart you
How much you are  really mean to me

Hi mr coffee,
Playback the scene
Missing 
Under my control
I lost my cool

Hi mr coffee,
Thou you never know
The feeling is still
There..
Someday you may know
The content of the heart shape
The flavo
The filing  of me
Keep silent
Waiting

Hi mr coffee,
If and only if you read this
Im ready to say
I love you
MyPassion 
MySupersomething




Love,
L

Page 97: Bersama

Burung itu terbang bersama

Menikmati keindahan ciptaanNya bersama
Cantik, tertawan, menawan
Gelak tawa bersama
Senda gurau jadi makanan

Orang tak mungkin mengerti
Dua burung itu bisa ada apa
Berdua bersatu lebih baik
Moga ia berterusan

Disini ku berharap 
Hubungan tiada nama
Terikat atas dasar 
Satu dasar perasaan
Kuat
Tulus
Sama
Jernih dan
Perasaan sayang

CINTA.



love,

Tuesday, February 11, 2014

Page 96: Dia

Dia


Dia tercipta dari rusuk sang lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk dijunjungi
Tapi
Dekat di bahu untuk dilindungi
Dekat di hati untuk dikasihi
Dia hiasan duniawi


Istimewa bukan dia
Harus diingat
Kelembutan bukan kelemahan 
Sebaik baik ciptaan Tuhan
Dia hiasan kebaikan



love,
L

Saturday, February 08, 2014

Page 95: Pesan Penaja

Setelah bertahun ber hibernasi
Tetiba rancak pulak
Jangan terkejut
Ianya normal

Jika anda baca
Mohon jangan di judge ya
Kerna ianya hasil tulisan dalam buku kecil yang bertahun di jerukkan
Dan ade juga hasil spontan aku di masa lapang

Tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada
Atau
Yang masih berpunya atau belum berpunya
Atau
Yang sedang baca ataupun belum pernah membaca

Ianya sekadar tulis tulisan
Hasil cakap cakap jiwa

Jika tidak gemar
Dipersilakan keluar dari laman ini

Jika ade tersalah kata
Terlancang kata
Terkecik hati
Mohon maaf dipinta

Aku hanya insan yang bernama manusia
Manusia tidak terlepas dari sebarang kesilapan bukan
Mari kita belaja sama sama
Usah biarkan kesilapan yang sama berulang



love,
L



Page 94: Rancang Di Luar Kertas

Rancang diluar kertas
Teruja
Takut
Risau
Mahu tapi malu
Masa hampir sampai
Selamat datang masa

Matahari yang terik
Saat yang tangkas minit yang berlari jam yang laju
Masa terus pecut 
Aku jejak 
Terpancar sinar merah
Tanda amarah
Canggung
Dorsalateral profental mohon pantas bergerak
Secubit usikan
Segenggam jenaka
Tersimpul satu kuntum senyuman

Lega.



love,
L

Page 93: Mimpi

Jika satu hari aku bangun aku lihat aku pelik
Hari itu jadi realiti
Mimpi manis atau  ngeri
Hilang gambaran 
Lupa kenangan
Lesap ingatan
Siapa si A?
Dan B ni pula?
Asing dimata
 sesuatu terasa
Mungkin ἀμνησία merampas kapasiti cerebellum
Tapi mana mungkin dia merampas infinity kilo-megabyte hati
Nyawa mohon pulang lekas
Tamparan jasad kaku
Ini hanya mimpi.
Taman mainan sang tido
Bangun gadis bangun
Usah dibiari.




love,
L