course meal

Thursday, October 25, 2012

page 81 - 09 zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim




"ape itu puasa sunat arafah?
arafah kan nama tempat? "
- tanya kanak kanak kecil itu.



" Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.” 
- Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi





"macam mana eh nak niat?" - adik my olls bertanya.



i pernah terbaca dimana kite boleh niat umum

contoh, “Sahaja aku puasa sunat”.
Ataupun
Niat dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”.
dan tak ada masalah untuk buat yang mana-mana. **correct me if im wrong ok :)


banyak sebenarnye kelebihan puasa sunat arafah ni,.. lagi pulak tahun ni jatuh hari khamis pulak,. ke-eksaiten-an tu macam puasa ramadhan u'olls. ;p


Rasulullah SAW pernah bersabda ;


“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-



1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. .





malah ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda;



“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).




so kepada yang berpuasa hari ni, Selamat berpuasa:)





**For ma dan tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci moga moga dipermudahkan segala urusan di sana... mungkin ma sedang beribadat ketika wukuf di Arafah kan sekarang,

take care.
love you.




love,
L

2 comments:

Faznali said...

niat tu dah oke, tapi better tambah kerana Allah. contoh : " sahaja aku puasa sunat ______ pada hari ini kerana Allah Ta'ala ".
On my opinion lah :)
tapi rugilah saya xdapat nak puasa hari arafah. huhu
tolong doakan aku ea, cepat dapat jodoh. haha

leeyana said...

aah betul betul..
itu yang penting.
haha
hahaha dont worry. sekali pakej aku sekali hehe ;D